Slider

Your Text Here The slide is a linking image Pure Javascript. No jQuery. No flash. #htmlcaption

Jumaat, 12 April 2013

Domain?... Hosting?...Point domain?...Arghhh apa tu?

Semenjak awal bulan 12 tahun lepas kepala berasap sebab kena ambil alih jawatan webmaster di sekolah. Kalau setakat blog mungkin saya boleh kalau lebih lagi mungkin ambil masa juga nak belajar lagi-lagi bila tiada latar belakang IT. Explore blog pun cuma suka-suka dan seronok-seronok je. 

Web sekolah saya dibina menggunakan platform joomla dan untuk pengetahuan anda joomla adalah antara platform yang amat popular di kalangan webmaster yang memang pergi kursus dan memang ada latar belakang IT. Bagi orang yang tiada latar belakang IT...joomla mungkin akan membunuh saya huhuhu :"(.

Dengan bantuan seorang teman yang sangat baik hati (Hehehe terima kasih Bibi Iklima) saya belajar joomla buat pertama kalinya, nampak macam senang tapi sesungguhnya saya tak mampu pun nak tukar design web tersebut ataupun nak masukkan slider pada web tersebut. Keadaan lagi teruk bila saya sendiri tiada masa untuk belajar joomla dengan lebih lanjut (almaklum la saya ni seorang guru, kalau memang kerja mengadap internet 24jam takpe la juga)... arghhh dah nak tengah tahun, apa pun tak ubah kat web sekolah. Nak tak nak saya kena push diri lebih dari kebiasaan.

Push punya push akhirnya saya demam sebab nak satlekan kerja. Tapi rupanya ada hikmah saya demam...hehehe website satle. Nak tau macam mana saya berjaya siapkan website? 

Semasa demam dua tiga kali saya menghubungi NetKL dan SKSA Technology (antara dua buah syarikat yang menawarkan web hosting di Malaysia). Tapi yang kelakarnya macam ayam dengan itik bercakap sebab mereka tak faham apa yang saya nak pada mulanya. Di sini saya belajar perkara penting sebelum anda mengambil alih jawatan webmaster, anda mesti tahu beberapa istilah.

1) Domain - Domain adalah alamat web yang anda beli dari syarikat hosting samada .com, .net, .org , .edu dan sebagainya. Domain yang telah dimiliki tidak boleh dibeli oleh orang lain. Website anda pasti nampak canggih kalau menggunakan domain sendiri bukan menumpang pada domain lain sperti .blogspot.com , .weebly.com dan sebagainya. Kalau nak beli domain fikir panjang-panjang lain la kalau ada yang sponsor atau memang web syarikat sebab domain perlu dibayar setiap tahun kepada syarikat hosting. Domain website sekolah saya ialah www.skj3.com. Ada syarikat menawarkan domain percuma tetapi dengan syarat kita membeli hosting mereka.

2) Hosting - Hosting adalah tempat penyimpanan data seperti gambar, fail dan segala-gala yang anda muatkan di dalam web anda. Selalu kita simpan data di dalam thumdrive atau external hardisk tapi kali ni kita perlukan hosting iaitu tempat penyimpanan online sebab kita nak semua orang boleh lihat website kita. Bagi orang yang membina website menggunakan platform yang perlu diinstall pada komputer seperti joomla, anda memang kena beli hosting. Jadi, jalan terjimat ialah carilah syarikat yang menawarkan domain percuma dengan pakej pembelian hosting. Sebagaimana domain, hosting juga perlu dibayar setiap tahun.

3) Free web hosting - Kalau ada syarikat yang menawarkan domain percuma, tidak kurang juga yang menawarkan hosting percuma.

Mula-mula jadi webmaster saya mati-mati ingatkat bila kita dah guna joomla pada satu-satu domain kita tak boleh tukar sampai bila-bila, nak tak nak kena guna joomla. Tapi ternyata saya SALAH! Rupanya kita BOLEH guna PLATFORM website lain TANPA MENUKAR domain dengan menghalakan (point) domain pada IP website yang kita bina dengan platform lain.

Dalam keadaan stress dan demam saya masih surf internet untuk selesaikan masalah saya. Alhamdulillah akhirnya saya berjumpa dengan www.weebly.com iaitu sebuah laman yang membenarkan kita membina website secara online (maksudnya saya tak perlu install platform untuk bina website) dan juga menawarkan hosting percuma. Yang bestnya weebly bukan je beri kita hosting percuma tapi dia punya platform designer memang best bagi orang yang tak pandai CMS macam saya. Sebab apa best? Sebab kita boleh design web kita dengan menggunakan drag and drop je, tak perlu pening-pening nak tahu kod dan sebagainya... ala macam nak buat powerpoint je rasanya...senang sangat nak guna. 

Kebanyakkan syarikat yang menawarkan hosting percuma akan menjual domain kepada pelanggan. Weebly juga menjual domain tapi yang best sangat pasal weebly ni walaupun kita beli domain dengan syarikat lain weebly masih sanggup beri kita hosting percuma. Like..Like...Like :D. Daripada weebly la saya tahu yang rupanya kita boleh point domain kita pada akaun di weebly. Maknanya bila orang klik www.skj3.com mereka akan terus dibawa ke web yang saya bina di weebly bukannya pada web yang lama. 

Sebelum ini sekolah akan mebayar RM35 untuk renew domain dan RM200 untuk renew hosting. Disebabkan weebly menawarkan webhosting percuma sekolah tidak lagi perlu membayar RM200 untuk hosting hanya membayar RM35 untuk renew domain. Alhamdulillah sangat...sekarang ni saya bukan je menjimatkan duit, saya juga dapat memasukkan bahan baru atau menukar design pada website dengan sangat mudah.

Jom lawat dan lihat sendiri macam mana rupa website yang saya design menggunakan weebly
http://www.skj3.com/ . Kalau berminat nak guna weebly boleh klik link ni http://www.weebly.com/ . Selamat mencuba, semoga info saya hari ini memberi manfaat kepada yang membaca.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan