Slider

Your Text Here The slide is a linking image Pure Javascript. No jQuery. No flash. #htmlcaption

Gajet Kuiz Online

Cikgu-cikgu mesti suka dengan gajet ni...Hehehe sebenarnya bukan gajet, tapi lebih kurang macam gajet juga sebab ia memudahkan kita membina soalan online. Yang paling best, cikgu tak perlu tanda pun jawapan selepas dijawab kerana markah akan dikira secara automatik. Kalau buat soalan online ni InsyaAllah kerja rumah siap . Ikuti tutorial berikut untuk membina soalan online :

1) Sila pergi ke laman web berikut http://www.quibblo.com/

2) Daftar sebagai ahli baru dengan klik Become A Member



3) Masukkan maklumat diri atau gunakan akaun facebook yang sedia ada untuk menjadi ahli.



4) Apabila sudah menjadi ahli klik Create , dan pilih quiz.


5) Pergi pada Scored Quiz dan klik Create Now.


6) Bina soalan anda di ruangan yang disediakan.


7) Sekiranya ingin menambah pilihan jawapan klik pada Add An Answer. Sekiranya ingin menmbah soalan baru klik Add Another Question.

8) Klik Continue apabila selesai membina soalan.

9) Lengkapkan tag dan pilih categories. Pilih bahasa. Masukkan tarikh sekiranya anda ingin menetapkan tarikh tamat menjawab kuiz.


10) Klik Preview My Quiz.

11) Klik Create My Quiz.



12) Anda ada 3 pilihan di mana kuiz ini boleh dilihat Pertama : Facebook , Kedua : Kiriman emel, atau yang 
ketiga : Letakkan pada blog anda.



Sudah siap...hehehe cikgu dah jadi lebih canggih kan? Anda telah masukkan elemen IT dalam pendidikan anda. Lihat contoh : http://blogkunampakpro.blogspot.com/2013/03/kuiz-adab-berjual-beli-tahun-5.html

Quibblo bukan sahaja digunakan untuk membina soalan tetapi juga digunakan untuk membina soal selidik dan sebagainya. Jadi alat ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja, kalau nak tanya teka-teki pun boleh.

Nak tahu bagaiman saya letakkan soalan di blog? Hehehe tunggu tutorial saya akan datang. Selamat mencuba.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan